Nuffnang Ads

Khamis, 27 Mac 2014

Bola Sepak : Pasaran Perpindahan Liga Super 2014

Saingan Liga Super 2014 semakin menghampiri penamat bagi peringkat pusingan pertama dengan pasukan Terengganu unggul mendahului carta Liga Super 2014. Manakala di kelompok terbawah liga menyaksikan pasukan Perah dan ATM FA bergelut mengelakkan penyingkiran ke Liga Premier 2015. Dengan pintu pasaran perpindahan pemain telah dibuka, setiap pasukan pastinya akan mencari pemain tempatan serta pemain import baru memperkuatkan pasukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang dijadualkan.

Beberapa pemain import dikhabarkan bakal digugurkan dan ada pada mereka telah digugurkan daripada pasukan ekoran persembahan yang mengecewakan pengurusan pasukan dan penyokong-penyokong yang mengharapkan aksi hebat mereka membantu pasukan. Antara pemain import yang tidak menunjukkan prestasi membanggakan ialah Zelimir Terkes (Perak), Marlon Alex James dan Juan Manuel Arostegui (ATM FA), Milorad Janjus dan Ali Reza Abbasfad (Sarawak) dan Wisdom Agblexo (Sime Darby FC). 

Jika musim lepas kita dapat menyaksikan bagaimana penyerang import Perak yang kini mewakili pasukan Selangor, Paolo Rangel membantu pasukan The Bos Gaurus menamatkan aksi Liga Super 2013 di kedudukan ketujuh dengan jaringan demi jaringan. Musim ini juga, kita mungkin dapat menyaksikan pemain import yang lebih berkualiti di bawa masuk pasukan masing-masing. 

Pasukan-pasukan Liga Super juga dibenarkan mendaftarkan pemain-pemain tempatan untuk pasukan masing-masing. Antara pemain yang telah dibawa masuk oleh pasukan ialah Wan Zack Haikal, Fitri Omar dan Brendan Gan yang bakal menyarung jersi pasukan Kelantan. Beberapa pemain tempatan juga masih dalam radar perpindahan pasukan untuk mengukuhkan barisan pemain sedia ada.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan Liga Super 2014 semakin hari semakin mendebarkan serta menarik perhatian penyokong-penyokong membanjiri stadium menyokong pasukan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa