Nuffnang Ads

Khamis, 13 Mac 2014

Bola Sepak : Ranking Pasukan Harimau Malaya

Pasukan Harimau Malaya berjaya naik 9 anak tangga dari kedudukan ke 150 ke tangga ke 141 dalam kedudukan ranking bola sepak FIFA bagi bulan Mac yang dikeluarkan pada 13 Mac 2014. Peningkatan 9 anak tangga ini, didorong oleh keputusan yang memberangsangkan dalam 3 perlawanan iaitu seri 0-0 dengan Filipina dan kemenangan 2-1 menentzng Yemen. Keputusan ini dicapai semasa pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Kedudukan ini menyaksikan pasukan negara kini berada di kedudukan ke 3 terbaik Asia Tenggara di belakang Vietnam (125) dan Filipina (130) serta di tangga ke 22 di peringkat AFC. Ini nyata merupakan antara pembakar semangat bagi pemain-pemain negara untuk berusaha lebih gigih bagi terus membanggakan peminat bola sepak negara. Pada pandangan Bual Sukan, FAM yang kini masih lagi mencari Ketua Jurulatih baru pasukan negara sewajarnya turut mempertimbangkan Datuk Ong Kim Swee sebagai antara calon yang layak menggalas tugas tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa