Nuffnang Ads

Isnin, 3 Mac 2014

Bola Sepak : Senarai 20 Pemain Harimau Malaya menentang Yemen

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan Yemen pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2014 pada 5 Mac 2014 akan datang. Ini merupakan perlawanan kedua kendalian Ketua Jurulatih sementara pasukan negara. Datuk Ong Kim Swee setelah perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Filipina pada 1 Mac 2014 yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan The Azkals setelah kegagalan jentera serangan menyudahkan peluang demi peluang yang terhidang.

Bagi perlawanan menentang Yemen, hanya 20 pemain akan dibawa ke Al-Ain, UAE tempat berlangsung perlawanan tersebut. 4 pemain yang digugurkan termasuklah penyerang Nor Shahrul Idlan Talaha, penjaga gol Khairul Azhan, pemain tengah Junior Eldstal dan Shakir Shaari. Pasukan Harimau Malaya perlu menang perlawanan tersebut selain mengharapkan pasukan di tangga ketiga kumpulan-kumpulan lain mengalami ketewasan. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan jika pasukan negara memanfaatkan setiap peluang dengan penyudah tajam ke gawang pasukan lawan.

Berikut adalah senarai 20 pemain pasukan Harimau Malaya yang akan bertemu dengan pasukan Yemen pada 5 Mac 2014 ini : 

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Selangor)

Pertahanan :
Razman Roslan (Pahang), Aidil Zafuan, Mahali Jasuli, Fadhli Shaas (JDT FC), Bunyamin Umar (Selangor), Amirizwan Taj Tajudin (ATM FA), Zubir Azmi (Terengganu)

Tengah :
Nazrin Nawi, Safiq Rahim (JDT FC), Badhri Radzi (Kelantan), Mohd. Hafiz Kamal (Pahang), S.Kunalan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)

Penyerang :
Amri Yahyah, Safee Sali (JDT FC), Ahmad Fakri Shaarani (Kelantan), Bobby Gonzales (PDRM FA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa