Nuffnang Ads

Khamis, 20 Mac 2014

Bola Sepak : Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014

Perlawanan timbal balik peringkat 16 pasukan terbaik telahpun berlangsung di mana 8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Undian peringkat suku akhir akan berlangsung pada 21 Mac 2014 ini. 8 pasukan yang telah mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir ialah 3 kelab Sepanyol (Real Madrid, FC Barcelona, Atletico Madrid), 2 kelab masing-masing dari Jerman (FC Bayern Munich, Borussia Dortmund) dan 2 England (Manchester United, Chelsea) serta 1 kelab dari Perancis (PSG).

Saingan peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April bagi pusingan pertama manakala 8 dan 9 April bagi pusingan suku akhir kedua. Pada pandangan Bual Sukan, saingan suku akhir pastinya lebih sengit dengan kelab-kelab gergasi eropah pastinya akan bersaing merebut gelaran berprestij ini. Berikut adalah jadual peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014 akan datang : 

Suku Akhir Pertama

1 April 2014 (Selasa)
FC Barcelona vs Atletico Madrid
Manchester United vs FC Bayern Munich

2 April 2014 (Rabu) PSG vs Chelsea
Real Madrid vs Borussia Dortmund

Suku Akhir Kedua

8 April 2014 (Selasa)
Borussia Dortmund vs Real Madrid
Chelsea vs PSG

9 April 2014 (Rabu)
Atletico Madrid vs FC Barcelona
FC Bayern Munich vs Manchester United

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa