Nuffnang Ads

Jumaat, 21 Mac 2014

Bola Sepak : Suku Akhir Piala Liga Europa 2013/2014

Saingan Piala Liga Europa 2013/2014 telah memasuki pusingan suku akhir di mana 8 pasukan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 10 April 2014 akan datang.Undian peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung pada 21 Mac 2014 di Nyon. 8 pasukan yang berjaya meneruskan kemaraan ialah 2 kelab masing-masing dari Sepanyol (Sevilla, Valencia), Portugal (Benfica, Porto), manakala 1 kelab masing-masing dari Itali (Juventus), Belanda (AZ Alkmaar), Switzerland (FC Basel) dan Perancis (Lyon).

Peringkat suku akhir pastinya semakin sengit apatah lagi setiap kelab pastinya akan memberikan aksi yang terbaik menewaskan lawan masing-masing untuk melangkah selaku 4 pasukan ke separuh akhir. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Juara Bertahan Serie A Itali pastinya menjadi pasukan pilihan utama. Namun begitu saingan 7 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah oleh Juventus.

Berikut adalah undian peringkat suku akhir Piala Liga Europa 2013/2014 :

AZ Alkmaar vs SL Benfica 

Lyon vs Juventus

FC Basel vs Valencia

FC Porto vs Sevilla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa