Nuffnang Ads

Ahad, 30 Mac 2014

Formula 1 : Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix (Sepang)

Litar Sepang menjadi litar kedua dalam kalendar perlumbaan Formula 1 musim 2014. Kehangatan perlumbaan ini masih lagi dibayangi oleh insiden kehilangan pesawat MH370. Namun begitu, kerancakan saingan perlumbaan tetap dirasai oleh peminat-peminat perlumbaan Formula 1 di seluruh dunia.

Dengan juara bertahan, Sebastian Vettel yang berusaha mencari kemenangan sulung musim ini dalam perlumbaan ini, kehebatan pelumba-pelumba lain pastinya menjadikan aksi perlumbaan ini menarik perhatian. Jika di perlumbaan pertama di Melbourne, Australia dimenangi oleh pelumba Jerman dari pasukan Mercedes, perlumbaan di litar Sepang menyaksikan kehebatan pelumba Britain, Lewis Hamilton juga dari pasukan Mercedes mengungguli perlumbaan ini.

Berikut adalah keputusan perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix  (Sepang) yang berlangsung pada 30 Mac 2014 : 

1. Lewis Hamilton (Britain/Mercedes) 
2. Nico Rosberg (Jerman/Mercedes)
3. Sebastian Vettel (Jerman/Red Bull Racing) 
4. Fernando Alonso (Sepanyol/Ferrari)
5. Nico Hulkunberg (Jerman/Force India Mercedes)
6. Jenson Button (Britain/McLaren Mercedes)
7. Felipe Massa (Brazil/Williams Mercedes)
8. Valterri Bottas (Finland/Williams Mercedes)
9. Daniil Kvya (Russia/STR Ferrari)
10. Kevin Magnussen (Denmark/McLaren Mercedes)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa