Nuffnang Ads

Ahad, 23 Mac 2014

Hoki : Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014

Selepas menghadapi kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014, pasukan Hoki Malaysia akan meneruskan persiapan menghadapi Hoki Piala Dunia 2014 dengan menyertai kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014 yang dijadualkan berlangsung dari 26 April 2014 hingga 4 Mei 2014 di Kuantan, Pahang. Kejohanan ini akan disertai oleh 8 pasukan dengan Malaysia selaku tuan rumah. 7 negara lain yang mengambil bahagian ialah New Zealand, Korea Selatan, Ireland, Jepun, Kanada, Perancis dan Poland. 

8 pasukan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada pasukan New Zealand, Ireland, Jepun dan Poland manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan tuan rumah, Malaysia, Korea Selatan, Kanada dan Perancis. Pada awalnya pasukan Afrika Selatan merupakan pasukan yang layak namun akibat kekangan kewangan pasukan Afrika Selatan terpaksa menarik diri dan digantikan oleh pasukan Perancis.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014, pasukan Malaysia di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dharma Raj Abdullah pastinya akan menggunakan sepenuhnya kejohanan ini mempersiapkan pasukan negara menghadapi Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda nanti. Pada pandangan Bual Sukan, gandingan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda pastinya dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap di masa depan.

Berikut adalah Kumpulan serta Jadual Perlawanan Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014 Kuantan, Pahang akan datang :


KUMPULAN A :



26 April 2014 (Sabtu)
New Zealand vs Ireland (P1)
Jepun vs Poland (P2)

27 April 2014 (Ahad)
Jepun vs New Zealand (P5)
Ireland vs Poland (P6)

29 April 2014 (Selasa)
Ireland vs Jepun (P10)
New Zealand vs Poland (P11)

KUMPULAN B :


26 April 2014 (Sabtu)
Malaysia vs Perancis (P3)
Korea Selatan vs Kanada (P4)

27 April 2014 (Ahad)
Kanada vs Perancis (P7)
Malaysia vs Korea Selatan (P8)

29 April 2014 (Selasa)
Korea Selatan vs Perancis (P9)
Kanada vs Malaysia (P12)

SUKU AKHIR

1 May 2014 (Khamis)
Johan Kumpulan A lwn Tempat Keempat Kumpulan B (P13)
Naib Johan Kumpulan B lwn Tempat Ketiga Kumpulan A (P14)
Naib Johan Kumpulan A lwn Tempat Ketiga Kumpulan B (P15)
 Johan Kumpulan B lwn Tempat Keempat Kumpulan A (P16)

SEPARUH AKHIR

PENENTUAN TEMPAT 5 - 8
3 May 2014 (Sabtu)
Kalah P13 lwn Kalah P14 (P17)
Kalah P15 lwn Kalah P16 (P18)

PENENTUAN TEMPAT 1 - 4
3 May 2014 (Sabtu)
Menang P13 lwn Menang P14 (P19)
Menang P15 lwn Menang P16 (P20)

AKHIR

4 May 2013 (Ahad)
Penentuan Tempat 7/8 : Kalah P17 lwn Kalah P18 (P21) 
Penentuan Tempat 5/6 : Menang P17 lwn Menang P18 (P22)
Penentuan Tempat 3/4 : Kalah P19 lwn Kalah P20 (P23)  
Penentuan Tempat 1/2 : Menang P19 lwn Menang P20 (P24)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa