Nuffnang Ads

Ahad, 2 Mac 2014

Hoki : Piala Sultan Azlan Shah 2014

Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah 2014 akan berlangsung pada 13 hingga 23 Mac 2014 akan datang di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi ke 23 di mana pada tahun ini 6 pasukan termasuk Malaysia selaku tuan rumah akan bersaing merebut kejuaraan tahun ini. 5 pasukan lain ialah Australia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Kanada dan China.

Kejohanan ini merupakan medan terbaik Ketua Jurulatih baru pasukan hoki negara, Dharma Raj Abdullah menguji barisan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi cabaran Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda bulan Mei 2014 akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan negara mampu bersaing dalam kejohanan ini apatah lagi setiap pemain pastinya ingin memikat barisan kejurulatihan negara merebut tempat selaku pemain yang akan beraksi dalam kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 akan datang. Pasukan Hoki negara juga mampu melakar kejayaan dalam kejohanan kali ini.  

Berikut adalah 6 pasukan yang bakal bersaing dalam kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014 akan datang :


13 Mac 2014 (Khamis)
Perlawanan 1 : 6.05pm – Australia vs. China (7-0)

Perlawanan 2 : 8.05pm – South Africa vs. Malaysia (2-3)
14 Mac 2014 (Jumaat)
Perlawanan 3 : 6.05pm – Korea vs. Canada (3-0)
Perlawanan 4 : 8.05pm – China vs. South Africa (5-0)
16 Mac 2014 2014 (Ahad)
Perlawanan 5 : 6.05pm – Australia vs. Canada (6-0)
Perlawanan 6 : 8.05pm – Korea vs. Malaysia (2-2)
17 Mac 2014 (Isnin)
Perlawanan 7 : 4.05pm – South Africa vs. Australia (0-7)
Perlawanan 8 : 6.05pm – China vs. Korea (2-3)
Perlawanan 9 : 8.05pm – Malaysia vs. Canada (3-1)
19 Mac 2014 (Rabu)
Perlawanan 10 : 6.05pm – Canada vs. South Africa (2-3)
Perlawanan 11 : 8.05pm – Malaysia vs. China (7-3)
20 Mac 2014 (Khamis)
Perlawanan 12 : 6.05pm – Canada vs. China (4-3)
Perlawanan 13 : 8.05pm – Korea vs. Australia (1-5)
22 Mac 2014 (Sabtu)
Perlawanan 14 : 6.05pm – Australia vs. Malaysia (6-2)
Perlawanan 15 : 8.05pm – South Africa vs. Korea (2-5)
23 Mac 2014 (Ahad) – Perlawanan Penentuan
Perlawanan 16 : 3.35pm – Canada vs. South Africa (2-0)
Perlawanan 17 : 6.05pm – Korea vs. China (3-2)
Perlawanan 18 : 8.35pm – Australia vs. Malaysia (8-3)

* Last Update : 23 Mac 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa