Nuffnang Ads

Selasa, 4 Mac 2014

Moto GP : 2014 FIM Road Racing World Championship Grand Prix Calendar

Musim baru perlumbaan motosikal Moto GP 2014 akan bermula pada bulan ini dengan GP Qatar akan membuka tirai saingan pada 23 Mac ini. Perlumbaan tahun ini dijangka lebih sengit bagi setiap kategori dengan setiap jentera pasukan yang bertanding musim ini ditingkatkan bagi menambah kelajuan jentera masing-masing. Juara Moto GP musim lalu, Marc Marquez dari Sepanyol pastinya berusaha memastikan gelaran juara kekal milik beliau musim ini. Namun saingan penunggang-penunggang lain seperti Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Valentino Rossi dan pelumba-pelumba lain tidak boleh diketepikan.

Marc Marquez
Musim Moto GP 2014 menyaksikan perlumbaan di 19 litar bermula dengan GP Qatar dan berakhir di GP Valencia. Pada pandangan Bual Sukan, saingan tahun ini pastinya mendebarkan dengan setiap pasukan pastinya akan mempamerkan corak tunggangan yang memukau peminat-peminat Moto GP seluruh dunia. Berikut adalah kalendar perlumbaan bagi musim Moto GP 2014 akan datang :

23 Mac : Grand Prix Qatar (Doha/Losail)
13 April : Grand Prix Americas (Austin)
27 April : Grand Prix Argentina (Termas de Rio Hondo)
04 Mei : Grand Prix Spain (Jerez de la Frontera)
18 Mei  : Grand Prix France (Le Mans)
01 Jun : Grand Prix Italy (Mugello)
15 jun : Grand Prix Catalunya (Barcelona - Catalunya)
28 Jun : Grand Prix Netherlands (TT Assen)
13 Julai : Grand Prix Germany (Sachsenring)
10 Ogos : Grand Prix Indianapolis (Indianapolis)
17 Ogos : Grand Prix Czech Republic (Brno)
31 Ogos : Grand Prix Great Britain (Silverstone)
14 September : Grand Prix San Marino & Rivera di Rimini (Marco Simoncelli Misano)
21 September : Grand Prix Aragon (MotorLand)
28 September : Grand Prix Brazil (STH) (Brasilia)
12 Oktober : Grand Prix Japan (Motegi)
19 Oktober : Grand Prix Australia (Philip Island)
26 Oktober : Grand Prix Malaysia (Sepang)
09 November : Grand Prix Valencia (Ricardo Tormo - Valencia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa