Nuffnang Ads

Ahad, 6 April 2014

Badminton : BWF Indian Open Super Series 2014

Pemain badminton nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan BWF Siri Super ketiga tahun ini setelah merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia 2014 dan Kejuaraan Terbuka All-England 2014 apabila berjaya menewaskan pemain China, Chen Long dalam aksi akhir Terbuka India 2014. Beliau menewaskan Chen Long dengan keputusan dua set 21-13 dan 21-17 dalam masa 55 minit.

Keputusan lain menyaksikan pemain badminton China merangkul 2 kejuaraan (Perseorangan Wanita, Bergu Wanita) manakala pasangan bergu Denmark merangkul 2 kejuaraan iaitu Bergu Lelaki dan Bergu Campuran. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir Siri Super Terbuka India 2014 :

Lee Chong Wei lwn Chen Long (21-13, 21-17)

Wang Shixian lwn Li Xuerui (22-20, 21-19)

Mathias Boe/Carsten Mogensen lwn Liu Xiaolong/Qiu Zihan (17-21 21-15 21-15)

Tang Yuanting/Yu Yang lwn Jung Kyung Eun/Kim Ha Na (21-10 13-21 21-16)

Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen lwn Ko Sung Hyun/Kim Ha Na (21-16 18-21 21-18)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa