Nuffnang Ads

Selasa, 22 April 2014

Bola Sepak : David Moyes dipecat

Pengurus pasukan Manchester United, David Moyes telah dipecat berkuatkuasa serta merta setelah tidak sampai setahun mengambil alih pengurusan Manchester United daripada pengurus berpengalaman Sir Alex Ferguson yang merupakan antara penyokong kuat yang mencadangkan nama beliau membimbing pasukan United musim ini. 

Musim yang sangat mengecewakan bagi pasukan Manchester United setelah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England, tewas di suku akhir Piala Juara-Juara Eropah, tewas di pusingan ketiga Piala FA Inggeris dan tewas di separuh akhir Piala Liga Inggeris. Selain itu, Manchester United gagal melangkah ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak tahun 1995 selain berkemungkinan gagal beraksi dalam saingan Liga Europa musim depan.

Dengan berbaki 4 lagi perlawanan, Manchester United akan dikendalikan sementara oleh Ryan Giggs sebelum pengurus baru diumumkan kelak. Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menguruskan Manchester United musim depan ialah Jurgen Klopp (Dortmund), Carlo Ancelotti (Real Madrid), Laurent Blanc (PSG), Louis Van Gaal (Ketua Jurulatih Belanda) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). Nyata musim BPL 2013/2014 telah menyaksikan begitu ramai sekali pengurus pasukan dipecat daripada jawatan masing-masing termasuklan David Moyes.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa