Nuffnang Ads

Rabu, 2 April 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014

Kejohanan antara kelab berprestij Liga-Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 telahpun memasuki peringkat suku akhir di mana 8 pasukan terbaik bersaing merebut 4 tempat ke peringkat separuh akhir. Pasukan juara bertahan, FC Bayern Munich di bawah kendalian pengurus hebat, Josep Guardiola pastinya menjadi pasukan pilihan mempertahankan kejuaraan mereka sekali lagi tahun ini. Namun saingan 7 pasukan lain juga pastinya sengit dengan setiap pasukan pastinya berusaha sebaik mungkin menjulang kejuaraan musim ini.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan ke separuh akhir dijangka sengit dengan setiap pasukan pastinya saling bersaing membuktikan kehebatan pasukan masing-masing selaku kelab terunggul Eropah. Berikut adalah keputusan perlawanan saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 :

Suku Akhir Pertama

1 April 2014 (Selasa)


FC Barcelona vs Atletico Madrid (1-1)

FC Barcelona : Neymar
Atletico : Diego

Manchester United vs FC Bayern Munich (1-1)
Manchester United : Nemanja Vidic
FC Bayern Munich : Bastian Schweinsteiger

2 April 2014 (Rabu)


PSG vs Chelsea (3-1)
PSG : Lavezzi, David Luiz (GS), Javier Pastore
Chelsea : Eden Hazard

Real Madrid vs Borussia Dortmund (3-0)

Real Madrid : Gareth Bale, Isco, Cristiano Ronaldo

Suku Akhir Kedua

8 April 2014 (Selasa)


Borussia Dortmund vs Real Madrid (2-0)

Dortmund : Marco Reus (2)

* Read Madrid mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2

Chelsea vs PSG (2-0)
Chelsea : Andre Schurrle, Demba Ba* Agregat 3-3. Chelsea mara ke separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan.

9 April 2014 (Rabu)


Atletico Madrid vs FC Barcelona

Atletico Madrid : Koke

* Atletico Madrid ke separuh akhir dengan agregat 2-1

FC Bayern Munich vs Manchester United

FC Bayern : Mario Mandzukic, Thomas Muller, Arjen Robben
Manchester United : Patrick Evra

* FC Bayern Munich mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2

** Kemaskini terakhir pada 10 April 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa