Nuffnang Ads

Isnin, 21 April 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA Inggeris Musim 2013/2014

Perlawanan bola sepak kalah mati tertua di England, Piala FA musim 2013/2014 semakin menghampiri ke kemuncaknya dengan 2 pasukan dari Liga Perdana, Arsenal dan Hull City akan berentap di pentas perlawanan akhir di Stadium Wembley pada 17 Mei 2014 akan datang. 

Pasukan Arsenal pastinya diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejuaraan Piala FA sekaligus mengakhiri kemarau pasukan mereka tanpa kejuaraan setelah 8 tahun. Pasukan Hull City pastinya menjanjikan saingan sengit kepada pasukan Arsenal dan tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan menjuarai Piala FA musim ini. 

Pada pandangan Bual Sukan, saingan di pentas akhir pastinya menarik dengan kedua-dua pasukan pastinya berusaha menjulang kejuaraan Piala FA musim 2013/2014 ini.

Laluan Pasukan Arsenal ke Perlawanan Akhir

Pusingan Ketiga : Tottenham Hotspur (2-0)

Pusingan Keempat : Coventry City (4-0)

Pusingan Kelima : Liverpool (2-1)

Suku Akhir : Everton (4-1)

Separuh Akhir : Wigan Athletic (1-1) - Arsenal menang penalti 4-2

Laluan Pasukan Hull City ke Perlawanan Akhir  

Pusingan Ketiga : Middlesbrough (2-0)

Pusingan Keempat : Southend United (2-0)

Pusingan Kelima : Brighton & Hove Albion (1-1)

Pusingan Kelima (U) : Brighton & Hove Albion (2-1)

Suku Akhir : Sunderland (3-0)

Separuh Akhir : Sheffield United (5-3) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa