Nuffnang Ads

Selasa, 22 April 2014

Bola Sepak : Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia - Filipina

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee dijadualkan bertemu dengan pasukan Filipina di Cebu pada 27 April 2014 ini. Ini merupakan perlawanan kompetitif ketiga pasukan Malaysia setelah mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Filipina selain mencatat kemenangan 2-1 ke atas Yemen pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015. Pengendali sementara negara pastinya akan berusaha memastikan pasukan negara di landasan terbaik untuk menghadapi Filipina dengan mencatat keputusan yang membanggakan sekaligus memperbaiki kedudukan ranking pasukan negara yang kini berada di kedudukan ke 142 dunia.


Pasukan Harimau Malaya dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan Piala AFF 2014 akan datang perlu menggunakan kesempatan ini dengan mengadakan lebih banyak perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa. Pasukan Filipina atau The Azkals pastinya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mempersiapkan pasukan mereka menghadapi kejohanan Piala Cabaran Asia 2014 di Maldives yang mana pasukan juara akan layak secara automatik ke Kejohanan Piala Asia 2015 Australia akan datang. Pasukan Filipina yang dahulunya adalah antara pasukan belasahan kini merupakan antara pasukan yang paling meningkat naik di peringkat ASEAN. 

Pada pandangan Bual Sukan, perlawanan persahabatan ini pastinya menjanjikan aksi menarik kedua-dua pasukan dan dijangkakan perlawanan ini akan berlangsung sengit kerana kedua-dua pasukan pastinya inginkan kemenangan untuk negara masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa