Nuffnang Ads

Khamis, 10 April 2014

Bola Sepak : Ranking Bola Sepak Malaysia Bulan April

Pasukan Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dari tangga 141 ke 142 dalam kedudukan terkini ranking FIFA bagi bulan April yang dikeluarkan pada 10 April 2014. Kejatuhan ini disebabkan tiada perlawanan persahabatan kompetitif yang membolehkan pasukan negara mendapatkan mata sekaligus memperbaiki kedudukan ranking pasukan negara. Ranking bulan Mei mungkin akan menyaksikan pasukan negara kembali meningkat jika berjaya mencatatkan keputusan yang baik dalam perlawanan antarabangsa bertemu Filipina di Cebu pada hujung April 2014 ini.

Juara Dunia dan Juara Eropah, pasukan Sepanyol masih mengekalkan kedudukan di tangga pertama ranking dunia. Pasukan Iran masih mengekalkan kedudukan selaku pasukan terbaik Asia iaitu di tangga ke 35 manakala pasukan Vietnam pula adalah pasukan terbaik ASEAN iaitu di tangga ke 116 dunia diikuti oleh pasukan Thaialnd di tangga ke 140 dunia. Malaysia berada di kedudukan pasukan di tangga 22 terbaik Asia dan ketiga terbaik ASEAN.

Pada pandangan Bual Sukan, ranking pasukan negara mampu ditingkatkan lagi dengan pendekatan agresif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengaturkan perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa kompetitif bertemu pasukan-pasukan di ranking yang lebih baik terutamanya pasukan negara-negara Asia, Afrika serta Ocenia. Sudah tiba masanya pihak berwajib bola sepak bertindak secara lebih tersusun dengan fokus pembangunan bola sepak negara di masa akan datang. Perbelanjaan yang begitu besar harus dibalas dengan peningkatan mutu bola sepak negara. Peminat bola sepak tempatan pastinya kecewa jika perbelanjaan yang besar tidak mendatangkan sebarang hasil dalam pembangunan bola sepak negara. Majulah Sukan untuk Negara..

Bual Sukan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa