Nuffnang Ads

Sabtu, 26 April 2014

Bola Sepak : Senarai Terkini Pemain Import Liga Super 2014

Jendela perpindahan pemain Liga Super 2014 telahpun ditutup dengan setiap pasukan telah menamatkan kontrak pemain import mereka setelah menunjukkan prestasi tidak seperti diharapkan berdasarkan reputasi mereka. Selain itu juga, masalah kecederaan yang membataskan aksi mereka bersama pasukan juga antara faktor pemain-pemain import ini digugurkan pasukan masing-masing. Antara pemain import yang terpaksa digugurkan ialah pemain import termahal Liga Super iaitu bekas pemain kebangsaan Argentina Pablo Aimar yang mewakili pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC).

Selain Aimar, pemain-pemain import lain yang telah ditamatkan kontrak ialah Mohammad Ghaddar & Obinha Nwaneri (Kelantan), Kyaw Zayar Win, Martin Kafando, Zelimir Terkes & Eliel da Cruz Guardiano (Perak), Marlon Alex James (ATM FA), Milorad Janjus & Alireza Abbasfard (Sarawak) dan ramai lagi digugurkan setelah kemerosotan prestasi dan kecederaan jangka panjang. Berikut adalah senarai terkini pemain import Liga Super 2014 :

Selangor :
Paolo Rangel (Brazil), Evaldo Dos Santos (Brazil), Andik Vermansyah (Indonesia), Steve Pandelitis (Australia)

Johor Darul Ta'zim FC :
Luciano Figeroa (Argentina), Hariss Harun (Singapura), Marcos Elias Santos (Brazil), Pereyra Diaz (Argentina)

Kelantan :
Francis Forkey Doe (Liberia), Mohamad Shawky (Mesir), Prince Tagoe (Ghana), Hussein Alaa Salman (Iraq) 

ATM FA :
Bruno Martellotto (Argentina), Juan Manuel Arostegui (Argentina), Fabrice Noel (Haiti), Park Yong-Ho (Korea Selatan)

Pahang :
Damion Stewart (Jamaica), Dickson Nwakamae (Nigeria), Matias Conti (Argentina), Zesh Rahman (Pakistan)

Perak :
Marco Tulio (Brazil), Milan Purovic (Mantenegro), Abdulafess Abdulsalam (Nigeria), Hassan Daher (Lubnan)

PKNS FC :
Patrick Wleh Ronaldinho (Liberia), Karlo Primorac (Croatia), Hamka Hamzah (Indonesia), Kim Dong Chan (Korea Selatan)

Terengganu :
Vincent Bikana (Cameroon), Moustapha Dabo (Senegal), Javier Estupinan (Colombia), Mario Karlovic (Australia)

T-Team :
Patrich Wanggai (Indonesia), Jimmy Mulisa (Rwanda), Leandro Dos Santos (Brazil), Goran Subara (Australia) 

Sarawak :
Muamer Salibasic (Bosnia), Gabor Gyepes (Hungary), Ryan Griffiths (Australia), Hassan Mohamed (Lubnan)

Sime Darby FC :
Dilshod Sharofetdimov (Uzbekistan), Mahmoud Amnah (Syria), William Mensah (Ghana), Mateo Roskam (Croatia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa