Nuffnang Ads

Khamis, 10 April 2014

Bola Sepak : Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014

Kejohanan berprestij kelab-kelab bola sepak eropah, Liga Juara-Juara Eropah semakin menuju ke penamat dengan 4 pasukan akan bersaing merebut 2 slot ke perlawanan akhir musim ini yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mei di Lisbon, Portugal. 4 pasukan tersebut iaitu juara bertahan, FC Bayern Munich (Jerman), Real Madrid & Atletico Madrid (Sepanyol) serta Chelsea (England). 

Pada pandangan Bual Sukan, keempat-empat pasukan ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Pusingan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 22 April dan 23 April bagi pusingan pertama manakala 29 dan 30 April bagi pusingan kedua. Berikut adalah Jadual Perlawanan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 :

Separuh Akhir Pertama

22 April 2014
Real Madrid vs FC Bayern Munich

23 April 2014
Atletico Madrid vs Chelsea

Separuh Akhir Kedua

29 April 2014
Chelsea vs Atletico Madrid

30 April 2014
FC Bayern Munich vs Real Madrid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa