Nuffnang Ads

Rabu, 9 April 2014

Bola Sepak : Statistik Pusingan Pertama Liga Super 2014

Pusingan pertama Liga Super telahpun berakhir dengan pasukan Pahang berjaya mendahului carta kedudukan teratas Liga Super 2014 dengan kelebihan 1 mata mengatasi pasukan Selangor. Satu lagi gergasi pantai timur. Terengganu berada di kedudukan ketiga dengan 20 mata hasil dari 10 perlawanan (perlawanan bertemu Selangor ditangguhkan pada bulan Mei 2014). Pasukan juara bertahan Liga Super 2013, iaitu pasukan jemputan Singapore Lions XII berada di kedudukan keempat Liga Super 2014 dengan 18 mata dari 11 perlawanan.

2 pasukan di tangga tercorot iaitu ATM FA dan Perak pastinya berusaha mengelakkan pasukan mereka tersingkir ke saingan Liga Premier 2015 akan datang. Berikut adalah statistik pusingan pertama Liga Super 2014 :

Jumlah Jaringan Keseluruhan : 160 Gol

Pasukan yang paling banyak menang : Pahang (7 kali)

Pasukan yang paling banyak seri : Johor Darul Ta'zim FC & PKNS FC (4 kali)

Pasukan yang paling banyak kalah : Perak (7 kali)

Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol : Pahang 20 Gol

Pasukan yang paling kurang menjaringkan gol : Perak (5 Gol)

Pasukan yang paling kurang bolos : Terengganu (7 Gol)

Pasukan yang paling banyak bolos : ATM FA (18 Gol)

Penjaring Terbanyak : Paolo Rangel (9 Gol)

Kemenangan Terbesar : Pahang - ATM FA (4-1) ; Johor Darul Ta'zim FC - Selangor (4-1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa