Nuffnang Ads

Rabu, 9 April 2014

Bola Sepak : Statistik Pusingan Pertama Liga Premier 2014

Saingan Liga Premier 2014 telahpun tamat bagi pusingan pertama dengan pasukan PDRM FA berjaya mendahului saingan Liga Premier 2014 dengan 28 mata iaitu 2 mata mengatasi pasukan Pulau Pinang. Pasukan Felda United FC pula menamatkan aksi pusingan pertama Liga Premier di kedudukan ketiga dengan 22 mata iaitu 6 mata ketinggalan dengan pasukan pendahulu. Pasukan pilihan lain seperti Negeri Sembilan, Kedah, sabah dan Johor Darul Ta'zim II sekadar bersaing di kelompok pertengahan Liga Premier 2014.

Pasukan di tangga tercorot iaitu PBAPP FC dan UiTM FC pastinya mencari formula terbaik bagi mengelakkan penyingkiran pasukan mereka ke Liga FAM 2015. Berikut adalah statistik pusingan pertama Liga Premier 2014 : 

Jumlah Jaringan Keseluruhan : 189 Gol 

Pasukan yang paling banyak menang : PDRM FA (9 Kali) 

Pasukan yang paling banyak seri : Felda United FC & Sabah (4 Kali) 

Pasukan yang paling banyak kalah : PBAPP FC & UiTM FC (8 Kali)

Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol : PDRM FA (39 Gol) 

Pasukan yang paling kurang menjaringkan gol : PBAPP FC (5 Gol) 

Pasukan yang paling kurang bolos : PDRM FA & Negeri Sembilan (11 Gol) 

Pasukan yang paling banyak bolos : Perlis (26 Gol) 

Penjaring Terbanyak : Ali Ashfaq (12 Gol) 

Kemenangan Terbesar : PDRM FA - Perlis (7-1) ; PDRM FA - SPA FC (7-1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa