Nuffnang Ads

Isnin, 28 April 2014

Bola Sepak : Anugerah PFA Liga Perdana England Musim 2013/2014

Luis Suarez dan Eden Hazard masing-masing telah dianugerahkan pemain terbaik dan pemain muda terbaik oleh Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional atau Professional Footballers' Association Players' (PFA) bagi musim Liga Perdana Englang 2013/2014. 

Luis Suarez yang mewakili Liverpool dan juga pemain utama pasukan kebangsaan Uruguay mempamerkan aksi terbaik musim ini walaupun digantung 4 perlawanan pertama musim ini. Beliau menewaskan rakan sepasukannya yang juga Ketua Pasukan Liverpool, Steven Gerrard dan Daniel Sturridge, Eden Hazrad (Chelsea), Adam Lallana (Southampton) dan Yaya Toure (Manchester City).

Pemain Chelsea dan pemain antarabangsa Belgium, Eden Hazard pula dinobatkan selaku pemain muda terbaik musim ini menewaskan Daniel Sturridge dan Raheem Sterling (Liverpool), Luke Shaw (Southampton), Ross Barkley (Everton) dan Aaron Ramsey (Arsenal). 

Bagi kesebelasan terbaik BPL musim 2013/2014, 3 pemain Liverpool disenaraikan manakala masing-masing 2 pemain Chelsea, Manchester City dan Southampton manakala seorang lagi adalah pemain Everton. Berikut adalah senarai pemain kesebelasan terbaik musim ini :

Penjaga Gol : Petr Cech (Chelsea)

Pertahanan : Seamus Coleman (Everton), Vincent Kompany (Manchester City), Gary Cahill (Chelsea), Luke Shaw (Southampton)

Tengah : Eden Hazard (Chelsea), Yaya Toure (Manchester City), Steven Gerrard (Liverpool), Adam Lallana (Southampton)

Penyerang : Luis Suarez (Liverpool), Daniel Sturridge (Liverpool)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa