Nuffnang Ads

Isnin, 12 Mei 2014

Badminton : Senarai Pemain Piala Thomas & Piala Uber 2014 Pasukan Malaysia

Kejohanan berpasukan berprestij badminton dunia, Piala Thomas & Piala Uber 2014 akan berlangsung di New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei 2014 akan datang. Pasukan badminton lelaki negara diundi dalam kumpulan C bersama-sama dengan Korea Selatan, Jerman dan pasukan tuan rumah India. Di atas kertas, pasukan negara dijangka mampu melangkah ke pusingan suku akhir dengan cabaran getir pastinya datang dari pasukan Korea selatan. Namun begitu, keupayaan pasukan Jerman dan pasukan India tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku jika pasukan negara gagal mempamerkan prestasi yang diinginkan.

Bagi pasukan Piala Uber 2014 negara, Malaysia diundi bersama-sama dengan pasukan Jepun, Denmark dan Jerman dalam Kumpulan D. Jika dilihat, peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya adalah sukar kerana ketiga-tiga pasukan pesaing mempunyai pemain-pemain yang mantap. Namun begitu, pasukan negara mampu melakr kejutan jika segala taktikal dan strategi yang digunakan menjadi.  

Pasukan Piala Thomas negara akan diketuai oleh pemain perseorangan berpengalaman yang juga pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Pengalaman serta kekuatan Datuk Lee Chong Wei pastinya ditagih bagi memberi semangat kepada pemain-pemain negara yang lain. Berikut adalah senarai pemain badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 negara yang akan menggalas cabaran dalam kejohana berprestij tahun ini :


Skuad Piala Thomas 2014

Pemain Perseorangan :
Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Daren, Goh Sun Huat

Pemain Bergu : 
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Lim Kim Wah/Goh V.Shem, Tan Boon Heong/Chan Peng Soon  

Skuad Piala Uber 2014

Pemain Perseorangan :
Tee Jing Yi, Yang Li Lian, Lim Yin Fun, Lim Chiew Sien 

Pemain Bergu :
Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Amelia Anscelly/Soong Fie Cho, Lim Yin Loo/Lee Meng Yean

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa