Nuffnang Ads

Jumaat, 16 Mei 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 16 & 17 Mei 2014

Saingan Liga Bola Sepak kebanggaan negara, Liga Super 2014 diteruskan lagi dengan 6 perlawanan dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2014. Saingan semakin hari semakin sengit dengan pasukan kelompok atas seperti Selangor, Pahang, Johor Darul Ta'zim FC dan Terengganu masinmg-masing berusaha memastikan mereka pulang dengan 3 mata berharga. Saingan kelompok pertengahan menyaksikan Sarawak, Kelantan, Sime Darby FC dan juara bertahan Liga Super 2013, Singapore Lions XII berusaha meneruskan cabaran kepada 4 pasukan atasan. Saingan di kelompok bawahan pula menyaksikan T-Team, Selangor PKNS FC, Perak dan ATM FC masing-masing berusaha mengelakkan penyingkiran ke Liga premier 2015 akan datang.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super 2014 yang berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2014 :

16 Mei 2014 (Jumaat)

Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang (2-2)
JDT FC : Luciano Figeroa, Shafiq Rahim
Pahang : Azamuddin Akil, R.Gopinathan

Sarawak lwn PKNS FC (2-1)
Sarawak : Joseph Kalang Tie, Muamer Salibasic
PKNS FC : Mafry Balang (GS)

17 Mei 2014 (Sabtu)

Selangor lwn Sime Darby FC (1-0)
Selangor : Paolo Rangel

Terengganu lwn Singapore Lions XII (2-1)
Terengganu : Javier Estupinan, Zairo Anuar Zailani
Lions XII : Khairul Amri

ATM FA lwn T-Team (2-1)
ATM FA : Fabrice Noel (2)
T-Team : Patrich Wanggai

Kelantan lwn Perak (2-1)
Kelantan : Shawky Yazid, Khairul Izuan Rosli
Perak : Mohd. Norhakim Isa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa