Nuffnang Ads

Isnin, 5 Mei 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2014

Piala FA 2014 telah memasuki pusingan separuh akhir di mana 4 pasukan akan bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2014 akan datang. 4 pasukan tersebut ialah juara bertahan musim lalu yang juga kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Kelantan yang dijadualkan bertemu pasukan Liga premier Felda United manakala finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim FC bertemu dengan Juara Piala Malaysia 2013 yang juga pendahulu carta kedudukan Liga Super 2014, Pahang.

Perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik di mana pada 5 dan 6 Mei 2014 bagi pusingan pertama manakala 30 dan 31 bagi pusingan kedua. Pasukan yang menang akan ke pentas perlawanan akhir 2014 pada Jun akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, saingan ke pentas akhir dijangka sengit dengan keempat-empat pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 :

SEPARUH AKHIR PERTAMA

5 Mei 2014 (Isnin)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang (1-1)
JDT FC : Luciano Figeroa
Pahang : Matias Conti

6 Mei 2014 (Selasa)
Kelantan lwn Felda United FC (3-3)
Kelantan : Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Zakaria
Felda United FC : Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Khairul Ismail 

SEPARUH AKHIR KEDUA

30 Mei 2014 (Jumaat)
Pahang lwn Johor Darul Ta'zim

31 Mei 2014 (Sabtu)
Felda United FC lwn Kelantan

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa