Nuffnang Ads

Khamis, 1 Mei 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014

Kejohanan berprestij kelab bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara Eropah akan sampai ke kemuncak saingan apabila 2 kelab Sepanyol Real Madrid dan Atletico Madrid bakal berentap di pentas perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Lisbon, Portugal pada 24 Mei 2014 akan datang. Jika musim lalu, 2 kelab Jerman iaitu FC Bayern Munich dan Borussia Dortmund ke perlawanan akhir, musim ini 2 kelab gergasi Sepanyol pula layak ke pentas akhir.

Nyata kedua-dua kelab ini layak ke perlawanan akhir setelah mempamerkan persembahan cemerlang sejak awal saingan lagi. Pada pandangan Bual Sukan, aksi perlawanan akhir pastinya sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang di semua posisi. Semoga kita dapat menyaksikan perlawanan akhir terbaik daripada kedua-dua pasukan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa