Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Mei 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala Liga Europa 2013/2014

Kejohanan Piala Liga Europa 2013/2014 atau Europa League 2013/2014 semakin menuju ke kemuncaknya apabila finalis tahun lau, SL Benfica dari Portugal dijadualkan bertemu dengan kelab Sepanyol, Sevilla dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei 2014 di Stadium Juventus, Turin. Nyata kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan terbaik masing-masing di peringkat separuh akhir apabila berjaya menyingkirkan lawan masing-masing dengan cemerlang.

Pasukan SL Benfica yang juga finalis musim lalu pastinya ingin menjadikan tahun ini sebagai musim cemerlang mereka setelah pasukan mereka berjaya menjuarai Liga Portugal. Pasukan Sevilla pula pastinya tidak akan memberi jalan mudah kepada SL Benfica dalam merebut kejuaraan musim ini. Bual Sukan menjangkakan perlawanan ini pastinya menjadi perlawanan akhir yang dramatik serta mendebarkan apatah lagi kedua-dua pasukan menginginkan kejuaraan Piala Liga Europa untuk pasukan masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa