Nuffnang Ads

Isnin, 12 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain England ke Piala Dunia 2014

Pasukan England atau dengan gelaran Three Lions merupakan antara pasukan yang dijangka menjadi pilihan untuk mencabar kejuaraan Piala Dunia 2014 akan datang. Diletakkan dalm Kumpulan D bersama-sama dengan Uruguay, Costa Rica dan Itali laluan untuk mara ke pusingan kedua dijangka sengit apatah lagi pasukan uruguay dan Itali juga antara pasukan yang mencabar. Pengurus pasukan England, Roy Hugdson telah mengumumkan senarai 23 pemain pasukan England yang bakal menggalas cabaran ke Piala Dunia 2014 Brazil.

Pasukan England bakal diketuai oleh ketua pasukan mereka Steven Gerrard serta pemain-pemain berpengalaman seperti Wayne Rooney, Frank Lampard, Joe Hart, Phil Jagielka dan pemain-pemain berpengalaman yang lain. seperti dijangka, pertahanan kiri berpengalaman mereka iaitu Ashley Cole tidak disenaraikan ekoran kemerosotan prestasi. Skuad England ke Piala Dunia 2014 Brazil ini adalah gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda seperti Ross Barkley, Jack Wilshere, Alex Oxlade Chamberlain, Phil Jones, Luke Shaw dan Raheem Sterling. 
Pada pandangan Bual Sukan, tidak mustahil gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda mampu mengangkat pasukan England selaku pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam kejohanan kali ini. Pasukan England dijadualkan bertemu dengan pasukan Itali (14 Jun) diikuti pertemuan bertemu pasukan Uruguay (19 Jun) dan menamatkan aksi peringkat kumpulan bertemu pasukan Costa Rica (24 Jun).

Berikut adalah senarai nama 23 pemain bola sepak England yang bakal menggalas cabaran dalam Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :

Penjaga Gol : Joe Hart (Manchester City), Ben Foster (West Bromwich Albion), Fraser Forster (Celtic).
Pertahanan : Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), Luke Shaw (Southampton), Chris Smalling (Manchester United).
Tengah : Ross Barkley (Everton), Steven Gerrard (Liverpool), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Southampton), Frank Lampard (Chelsea), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Raheem Sterling (Liverpool), Jack Wilshere (Arsenal).
Penyerang : Rickie Lambert (Southampton), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Daniel Welbeck (Manchester United).
Calon Simpanan : John Ruddy (Norwich City), Jon Flanagan (Liverpool), John Stones (Everton), Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Andy Carroll (West Ham United), Jermain Defoe (Toronto FC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa