Nuffnang Ads

Rabu, 14 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Jepun ke Piala Dunia 2014

Kejohanan berprestij bola sepak, Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil bermula pada 12 Jun ini dijangka menarik dengan setiap pasukan kini sedang giat menjalankan persiapan serta latihan bagi memantapkan pasukan masing-masing. Pasukan Jepun atau dengan gelaran The Blue Samurai merupakan antara pasukan Asia yang bakal beraksi dalam kejohanan kali ini. Pasukan Jepun diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Colombia, Greece dan Ivory Coast.

Untuk kejohanan kali ini, pasukan Jepun di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman dari Itali Alberto Zaccheroni mempertaruhkan barisan pemain-pemain terbaik dengan Makoto Hesebe yang beraksi di Liga Bundesliga Jerman untuk pasukan Nuremberg akan mengetuai pasukan Jepun. 12 pemain Jepun yang disenaraikan adalah pemain yang beraksi di Liga-Liga Eropah seperti Shinji Kagawa (Manchester United), Kaisuke Honda (AC Milan), Yuta Nagatomo (Inter Milan) dan ramai lagi bintang mereka.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Jepun dijangka akan memberikan saingan getir dalam Kumpulan C dan tidak mustahil mereka mampu melangkah ke pusingan kedua saingan Piala Dunia 2014 Brazil ini. Dengan gabungan serta gandingan mantap pemain-pemain berpangkalan di Eropah serta pemain-pemain dalam J-League, mereka mampu melakar kejutan. Pasukan Jepun dijadualkan bertemu Ivory Coast pada 14 Jun diikuti bertemu dengan pasukan  dan Greece (19 Jun) dan Colombia (24 Jun). Berikut adalah senarai 23 pemain Jepun yang bakal menggalas tugas dalam kejohanan Piala Dunia 2014 brazil akan datang :  

Penjaga Gol : Eiji Kawashima (Standard Liege), Shusaku Nishikawa (Urawa Reds), Shuichi Gonda (FC Tokyo)
Pertahanan : Masahiko Inoha (Jubilo Iwata), Yasuyuki Konno (Gamba Osaka), Yuto Nagatomo (Inter Milan), Masato Morishige (FC Tokyo), Atsuto Uchida (Schalke), Maya Yoshida (Southampton), Hiroki Sakai (Hannover), Gotoku Sakai (Stuttgart)
Tengah : Yasuhito Endo (Gamba Osaka), Makoto Hasebe (Nuremberg), Toshihiro Aoyama (Sanfrecce Hiroshima), Hotaru Yamaguchi (Cerezo Osaka)
Penyerang : Keisuke Honda (AC Milan), Yoshito Okubo (Kawasaki Frontale), Shinji Okazaki (Mainz), Shinji Kagawa (Manchester United), Hiroshi Kiyotake (Nuremberg), Yoichiro Kakitani (Cerezo Osaka), Manabu Saito (Yokohama F Marinos), Yuya Osako (1860 Munich)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa