Nuffnang Ads

Rabu, 14 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Korea Selatan ke Piala Dunia 2014

Pasukan Bola Sepak Korea Selatan kini sedang giat menjalankan persiapan pasukan untuk menghadapi kejohanan berprestij Piala Dunia 2014. Di bawah bimbingan bekas ketua pasukan yang juga merupakan pemain yang mempunyai caps terbanyak di peringkat antarabangsa, Hong Myung-Bo pasukan Korea Selatan merupakan antara 4 pasukan yang bakal menggalas cabaran pasukan dari benua Asia. 

Pasukan Korea Selatan diletakkan dalam Kumpulan H bersama-sama dengan pasukan Belgium, Russia dan Algeria. Dalam kejohanan Piala Dunia 2014 Brazil ini, pasukan Korea Selatan menyenaraikan pemain-pemain yang berpangkalan di Liga-Liga Eropah serta pemain-pemain yang beraksi dalam Liga-Liga Asia (Korea Selatan, Jepun, China, Arab Saudi). Gabungan pemain-pemain ini dijangka mampu memberikan tentangan kepada lawan mereka dalam Kumpulan H.

Pasukan Korea Selatan akan membuka tirai perlawanan bertemu Russia (17 Jun), Algeria (22 Jun) dan menamatkan aksi Kumpulan H bertemu pasukan pilihan Belgium (26 Jun). Pada pandangan Bual Sukan, kejutan mampu dilakar pasukan Korea Selatan jika corak taktikal dan strategi pasukan menjadi. Berikut adalah senarai 23 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan Korea Selatan dalam Piala Dunia 2014 Brazil akan datang : 

Penjaga Gol : Jung Sung-Ryong (Suwon Bluewings), Kim Seung-Gyu (Ulsan Hyundai), Lee Bum-Young (Busan I'Park).
Pertahanan : Kim Jin-Su (Albirex Niigata), Yun Suk-Young (QPR), Kim Young-Gwon (Guangzhou Evergrande), Hwang Seok-Ho (Sanfrecce Hiroshima), Hong Jeong-Ho (Augsburg), Kwak Tae-Hwi (Al Hilal), Lee Yong (Ulsan Hyundai), Kim Chang-Soo (Kashiwa Reysol).
Tengah : Ki Sung-Yueng (Swansea), Ha Dae-Sung (Beijing Guoan), Han Kook-Young (Kashiwa Reysol), Park Jong-Woo (Guangzhou R&F), Son Heung-Min (Bayer Leverkusen), Kim Bo-Kyung (Cardiff City), Lee Chung-Yong (Bolton Wanderers), Ji Dong-Won (Augsburg).
Penyerang : Koo Ja-Cheol (Mainz), Lee Keun-Ho (Sangju Sangmu), Park Chu-Young (Arsenal), Kim Shin-Wook (Ulsan Hyundai).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa