Nuffnang Ads

Ahad, 18 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Switzerland ke Piala Dunia 2014

Pasukan Switzerland di bawah kendalian pengurus berpengalaman Ottmar Hitzfeld merupakan antara pasukan pilihan untuk memberikan saingan dalam kejohanan Piala Dunia 2014 Brazil. Pasukan Switzerland merupakan antara pasukan yang semakin meningkat naik di peringkat antarabangsa di mana mereka kini merupakan pasukan ke-8 terbaik dalam ranking bola sepak FIFA.

Antara pemain-pemain bintang yang bakal membawa cabaran pasukan Switzerland ialah ketua pasukan Gokhan Inler (Napoli), Xherdan Shaqiri (Bayern Munich) dan Blerim Dzemaili (Napoli). Diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan Ecuador, Perancis dan Honduras di mana mereka akan membuka tirai saingan bertemu dengan Ecuador (15 Jun), diikuti pertemuan dengan Perancis (20 Jun) dan menamatkan aksi Kumpulan E bertemu dengan Honduras (25 Jun).

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Switzerland pastinya menjadi pilihan untuk melangkah ke pusingan kedua dalam Kumpulan E. Namun begitu cabaran pasukan Ecuador dan Honduras pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku jika mereka gagal bersaing. Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Switzerland yang bakal beraksi di kejohanan Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :

Penjaga Gol : Diego Benaglio (Wolfsburg), Yann Sommer (Basel), Roman Buerki (Grasshoppers)

Pertahanan : Stephan Lichtsteiner (Juventus), Michael Lang (Grasshoppers), Steve von Bergen (Young Boys), Fabian Schaer (Basel), Philippe Senderos (Valencia), Johan Djourou (Hamburger SV), Ricardo Rodriguez (Wolfsburg), Reto Ziegler (Sassuolo), Valon Behrami (Napoli)

Tengah : Blerim Dzemaili (Napoli), Gokhan Inler (Napoli), Valentin Stocker (Basel), Tranquillo Barnetta (Schalke), Gelson Fernandes (Freiburg), Granit Xhaka (Borussia Moenchengladbach), Xherdan Shaqiri (Bayern Munich)

Penyerang : Haris Seferovic (Real Sociedad), Josip Drmic (Bayer Leverkusen), Admir Mehmedi (Freiburg), Mario Gavranovic (Zurich).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa