Nuffnang Ads

Isnin, 19 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Uruguay ke Piala Dunia 2014

Pasukan Bola Sepak Uruguay di bawah kendalian pengurus berpengalaman Oscar Tabarez telah menyenaraikan 23 pemain yang bakal memikul cabaran pasukan Uruguay di kejohanan Piala Dunia 2014 Brazil. Antara bintang-bintang Uruguay yang disenaraikan ialah penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Luis Suarez (Liverpool), Edinson Cavani (PSG) dan pemain berpengalaman Diego Forlan (Cerezo Osaka).

Pasukan Uruguay diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Costa Rica serta 2 pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia iaitu pasukan Itali dan England. Saingan kumpulan ini dijangka sengit dengan cabaran utama pastinya dari pasukan Itali dan England. Namun begitu, cabaran pasukan Costa Rica tidak harus dipandang mudah kerana mereka mampu melakar kejutan ke atas pasukan Uruguay. Pasukan Uruguay bakal membuka tirai perlawanan dengan menentang pasukan Costa Rica (14 Jun) diikuti pertemuan dengan England (19 Jun) dan menutup saingan Kumpulan D dengan bertemu pasukan Itali (24 Jun). 

Pada pandangan Bual Sukan, saingan Kumpulan D amat terbuka bagi pasukan Uruguay, Itali dan England di mana saingan ke pusingan kedua menjadi rebutan ketiga-tiga pasukan ini. Namun cabaran pasukan Costa Rica tidak harus dipandang mudah kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam permainan bola sepak.  Berikut adalah senarai 23 pemain yang bakal membawa cabaran pasukan Uruguay ke Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :

Penjaga Gol : Fernando Muslera (Galatasaray), Martin Silva (Vasco Da Gama), Rodrigo Munoz (Libertad)

Pertahanan : Diego Lugano (West Brom), Diego Godin, Jose Maria Gimenez (both Atletico Madrid), Martin Caceres (Juventus), Maximiliano Pereira (Benfical), Jorge Fucile (Porto), Sebastian Coates (Nacional); 

Tengah : Egidio Arevalo-Rios (Morelia), Walter Gargano (Parma), Diego Perez (Bologna), Sebastian Eguren (Palmeiras), Alvaro Gonzalez (Lazio), Alejandro Silva (Lanus), Alvaro Pereira (Sao Pablo), Cristian Rodriguez (Atletico Madrid), Gaston Ramirez (Southampton), Nicolas Lodeiro (Botafogo)

Penyerang : Edinson Cavani (PSG), Luis Suarez (Liverpool), Diego Forlan (Cerezo Osaka), Abel Hernandez (Palermo), Cristian Stuani (Espanyol). 

Senarai Simpanan : Andres Scotti (Nacional), Alvaro Fernandez (Gimnasia y Esgrima La Plata), Gonzalo Castro (Real Sociedad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa