Nuffnang Ads

Sabtu, 17 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Perancis ke Piala Dunia 2014

Juara Piala Dunia 1998, perancis di bawah kendalian pengurus berpengalaman Didier Deschamps telah menyenaraikan 23 pemain pasukan Perancis yang bakal membawa cabaran pasukan Les Blues ke kejohanan berprestij Bola Sepak Dunia, Piala Dunia 2014 Brazil. Antara pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan Perancis ialah ketua pasukan yang juga penjaga gol Hugo Lloris (Tottenham), Laurent Koscielny dan Bacary Sagna (Arsenal), Patrice Evra (Manchester United), pemain terbaik Eropah 2013 Franck Ribery (Bayern Munich), Yohan Cabaye (PSG) dan Karim Benzema (Real Madrid). Selain itu beberapa pemain muda juga turut disenaraikan antaranya Paul Pogba (Juventus), Raphael Varane (Real Madrid) dan Lucas Digne (PSG).

Apa yang paling mengejutkan ialah Samir Nasri (Manchester City) tidak disenaraikan dalam skuad Perancis ke Brazil akan datang. Pasukan Perancis diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama dengan Switzerland, Ecuador dan Honduras. Pasukan Les Blues bakal membuka tirai cabaran dengan bertemu pasukan Honduras (15 Jun), Switzerland (20 Jun) dan Ecuador (25 Jun) 

Pada pandangan Bual Sukan, gandingan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda Perancis ini mampu membawa pasukan Perancis sebagai antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan Piala Dunia 2014 Brazil kali ini. Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Perancis ke Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :

Penjaga Gol : Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Marseille), Mickael Landreau (Bastia). 

Pertahanan : Bacary Sagna (Arsenal), Laurent Koscielny (Arsenal), Mamadou Sakho (Liverpool), Raphael Varane (Real Madrid), Eliaquim Mangala (Porto), Mathieu Debuchy (Newcastle United), Patrice Evra (Manchester United), Lucas Digne (Paris Saint-Germain) 

Tengah : Rio Mavuba (Lille), Mathieu Valbuena (Marseille), Yohan Cabaye (Paris Saint-Germain), Blaise Matuidi (Paris Saint-Germain), Paul Pogba (Juventus), Franck Ribery (Bayern Munich), Clement Grenier (Lyon), Moussa Sissoko (Newcastle United)

Penyerang : Olivier Giroud (Arsenal), Karim Benzema (Real Madrid), Antoine Griezmann (Real Sociedad), Loic Remy (Newcastle United) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa