Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Portugal ke Piala Dunia 2014


Pasukan Portugal di bawah kendalian Ketua Jurulatih Paolo Bento merupakan antara pasukan yang dijangka memberikan saingan sengit dalam Kejohanan Piala Dunia 2014 akan datang. Membariskan pemain-pemain terbaik seperti Ketua Pasukan yang juga pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Nani (Manchester United), Pepe (Real Madrid), Joao Moutinho (Monaco) dan ramai lagi bintang-bintang mereka pastinya menjadikan pasukan Portugal calon pilihan mencabar kejuaraan kali ini.
Daripada 23 pemain yang diumumkan, nama Ricardo Quaresma tiada dalam senarai tersebut. Portugal diundi dalam antara "Kumpulan Maut" iaitu Kumpulan G bersama-sama dengan Jerman, Ghana dan USA. Mereka bakal membuka tirai perlawanan dengan bertemu dengan pasukan Jerman (16 Jun) diikuti pertemuan dengan USA (22 Jun) dan Ghana (26 Jun). Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Portugal yang bakal beraksi di Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :  

Penjaga Gol : Beto (Sevilha), Eduardo (SC Braga), Rui Patricio (Sporting)
Pertahanan : Andre Almeida (Benfica), Bruno Alves (Fenerbahçe), Fabio Coentrão (Real Madrid), Joao Pereira (Valencia), Neto (Zenit), Pepe (Real Madrid), Ricardo Costa (Valencia)
Tengah : Joao Moutinho (Monaco), Miguel Veloso (Dynamo Kiev), Raul Meireles (Fenerbahce), Ruben Amorim (Benfica), William Carvalho (Sporting), Rafa (SC Braga)
Penyerang : Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Eder (SC Braga), Helder Postiga (Lazio), Hugo Almeida (Besiktas), Nani (Manchester United), Varela (FC Porto), Vieirinha (Wolfsburg)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa