Nuffnang Ads

Rabu, 14 Mei 2014

Bual Sukan : Calon Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2013

Anugerah Sukan Negara 2013 akan berlangsung pada 19 Mei 2014 akan datang. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada atlet sukan negara yang bertungkus lumus menjulang nama negara di persada sukan antarabangsa. Seramai 7 atlet disenaraikan merebut Anugerah Olahragawan Negara 2013 manakala 6 atlet dicalonkan merebut Anugerah Olahragawati Negara. 

Bagi kategori Olahragawan Negara 2013, pemain badminton negara yang juga pemain nombor satu ranking dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Sazali Samad (Bina Badan) mengetuai senarai pencalonan manakala bagi kategori Olahragawati Negara 2013 pula Pandelela Rinong (Sukan Terjun) dan Datuk Nicol Ann David disebut-sebut calon bagi memenangi anugerah tersebut berdasarkan pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2013 yang lalu. 

Berikut adalah senarai pencalonan bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2013 akan datang :

Calon Olahragawan Negara 2013
Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
Sazali Samad (Bina Badan)
Lim Chee Wei (Karate)
Benjamin Khor (Menembak)
Mohd, Jironi Riduan (Olahraga)
Ooi Tze Liang (Terjun)
Hon Mun Ha (Wusyu) 

Calon Olahragawati Negara 2013
Kelly Tan (Golf)
Casier Renee Kelly Lee (Olahraga)
Pandelela Rinong (Terjun)
Datuk Nicol Ann David (Skuasy)
Diana Bong (Wusyu)
Nicha Alagasan (Karate)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa