Nuffnang Ads

Khamis, 8 Mei 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Brazil ke Piala Dunia 2014

Pasukan tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil telah menamakan senarai 23 pemain yang bakal menggalas cabaran untuk merebut kejuaraan Piala Dunia 2014 akan datang. Ketua Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari telah menyenaraikan 23 pemain tersebut dengan nama-nama besar seperti Neymar Jr., Dani Alves (FC Barcelona), Ketua Pasukan Thiago Silva, Maxwell (PSG), 4 Pemain Chelsea iaitu Oscar, Ramires, Willian dan David Luiz antara pemain yang tersenarai dalam skuad Samba.


Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah nama-nama besar seperti Ronaldinho, Robinho dan Kaka tiada dalam perancangan Ketua Jurulatih Brazil bagi menggalas cabaran Piala Dunia 2014 ini. Pada pandangan Bual Sukan, pemain-pemain yang disenaraikan ini merupakan antara gandingan terbaik yang mampu membawa pasukan Brazil merangkul kejuaraan di bumi sendiri. 

Brazil selaku tuan rumah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Croatia, Mexico dan Cameroon. Selaku tuan rumah kelebihan pastinya memihak pasukan Brazil dan mereka dijadualkan bertemu Croatia pada 13 Jun 2014 dalam perlawanan pembukaan sebelum bertemu Mexico (18 Jun) dan Cameroon (24 Jun). 

Berikut adalah senarai 23 pemain Brazil yang bakal menggalas cabaran dalam Piala Dunia 2014 Brazil akan datang :

Penjaga Gol : Julio Cesar (Toronto FC), Jefferson (Botafogo), Victor (Atletico Mineiro)
Pertahanan : David Luiz (Chelsea), Dante (Bayern Munich), Thiago Silva (Paris Saint-Germain), Henrique (Napoli), Maicon (Roma), Dani Alves (Barcelona), Marcelo (Real Madrid), Maxwell (Paris Saint-Germain)
Tengah : Luiz Gustavo (Wolfsburg), Paulinho (Tottenham), Fernandinho (Manchester City), Ramires (Chelsea), Oscar (Chelsea), Willian (Chelsea), Hernanes (Inter Milan)
Penyerang : Hulk (Zenit St. Petersburg), Bernard (Shakhtar Donetsk), Neymar (Barcelona), Jo (Atletico Mineiro), Fred (Fluminense)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa