Nuffnang Ads

Isnin, 30 Jun 2014

Bola Sepak : Pasukan Liga Super 2015

Saingan Liga Super 2014 telahpun berakhir dengan dramatik apabila pasukan kelab Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) muncul juara buat pertama kalinya dengan kelebihan 3 mata mengatasi pasukan Selangor. Kejayaan ini membolehkan pasukan Harimau Selatan akan membawa cabaran pasukan negara ke saingan Piala AFC 2015. Saingan Liga Super 2014 juga menyaksikan saingan sengit mengelak penyingkiran ke Liga Premier 2015 antara 3 pasukan yang bergelut dengan masalah prestasi iaitu ATM FA, Perak dan T-Team. Saingan berakhir dengan pasukan T-Team dan PKNS FC akan bersaing dalam Liga Premier 2015 akan datang.

Pasukan PDRM FA muncul juara Liga Premier 2014 sekaligus akan bersaing dalam Liga Super 2015 bersama-sama dengan pasukan Naib Juara Liga Premier dan Naib Juara Piala FA, Felda United. Saingan musim depan pastinya sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan pemain-pemain terbaik sama ada pemain tempatan ataupun pemain import berkualiti. Berikut ialah 12 pasukan yang akan bersaingan dalam Liga Super 2015 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa