Nuffnang Ads

Khamis, 5 Jun 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2014

Saingan Piala FA Malaysia 2013 sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada 7 Jun 2014 ini di Stadium Shah Alam, Selangor menemukan 2 pasukan iaitu Juara Piala Malaysia 2014, Pahang serta pasukan di tangga kedua Liga Premier Malaysia, Felda United. Kedua-dua pasukan ini telah beraksi cemerlang di peringkat separuh akhir apabila masing-masing berjaya menewaskan pasukan finalis musim lalu iaitu Johor Darul Ta'zim FC dan juara bertahan Kelantan.

Pasukan Pahang atau Tok Gajah pastinya diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara kali ini. Namun begitu, ancaman pasukan Felda United atau gelaran baru "The Fighters" atau sebelum ini dikenali dengan gelaran "The Settlers" pastinya tidak boleh dipandang mudah oleh Pahang. Kejayaan mereka menyingkirkan pasukan juara bertahan 2013, Kelantan telah membuktikan kemampuan mereka melakar kejutan bermakna tahun ini sekaligus berusaha untuk muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kelab Felda United.

Gelaran juara Piala FA 2014 pastinya akan direbut oleh kedua-dua pasukan kerana pasukan yang muncul juara akan mewakili pasukan negara ke saingan Piala AFC 2015 akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang dengan mempunyai barisan pemain yang mantap di semua posisi. Semoga kita semua dapat menyaksikan saingan akhir yang menarik dan mendebarkan tahun ini. Selamat berjuang kepada pasukan Pahang dan Felda United.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa