Nuffnang Ads

Ahad, 1 Jun 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Belanda ke Piala Dunia 2014


Pasukan Belanda atau The Orenje merupakan antara pasukan yang menjadi pilihan untuk mencabar kejuaraan Piala Dunia 2014 Brazil akan datang. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman Louis Van Gaal, pasukan Belanda diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Juara Dunia 2010, Sepanyol, Chile dan Australia. Saingan kumpulan B pastinya sengit antara keempat-empat pasukan ini. 
Pasukan Belanda akan dibarisi oleh pemain berpengalaman serta pemain muda berbakat besar diketuai oleh Ketua Pasukan mereka Robin Van Persie (Manchester United), Arjen Robben (FC Bayern Munich), Wesley Sneijder (Galatasaray), Nigel de Jong (AC Milan) serta pemain-pemain lain. Pasukan Belanda akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B dengan bertemu Sepanyol (13 Jun) diikuti pertemuan dengan Astralia (18 Jun) dan menutup aksi dengan bertemu Chile (23 Jun). Berikut adalah senarai pemain pasukan Belanda ke Piala Dunia 

Penjaga Gol : Jasper Cillessen (Ajax), Michel Vorm (Swansea City), Tim Krul (Newcastle United).
Pertahanan : Paul Verhaegh (Augsburg), Daryl Janmaat (Feyenoord), Joel Veltman (Ajax), Stefan de Vrij (Feyenoord), Ron Vlaar (Aston Villa), Bruno Martins Indi (Feyenoord), Terence Kongolo (Feyenoord), Daley Blind (Ajax).
Tengah : Leroy Fer (Norwich City), Nigel de Jong (AC Milan), Jordy Clasie (Feyenoord), Jonathan de Guzman (Swansea City), Georginio Wijnaldum (PSV), Wesley Sneijder (Galatasaray).
Penyerang : Arjen Robben (Bayern Munich), Robin van Persie (Manchester United), Klaas-Jan Huntelaar (Schalke), Dirk Kuyt (Fenerbahce), Jeremain Lens (Dynamo Kiev), Memphis Depay (PSV)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa