Nuffnang Ads

Ahad, 1 Jun 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Greece ke Piala Dunia 2014

Juara Eropah 2004, Greece di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Fernando Santos diundi dalam Kumpulan C bersama dengan pasukan Colombia, Ivory Coast dan Jepun. Peluang keempat-empat pasukan ke pusingan kedua adalah seimbang bergantung kepada keputusan perlawaanan masing-masing. Pasukan Greece selaku antara pasukan pilihan pasukan C pastinya akan bermain bersunggguh-sungguh untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Bakal diketuai oleh pemain tengah berpengalaman iaitu Giorgos Karagounis (Fulham) di samping pemain-pemain bintang mereka seperti Georgios Samaras (Celtic), Kostas Mitroglou (Fulham), Vassilis Torosidis (AS Roma) serta pemain-pemain lain menjadikan gabungan mantap pasukan Greece yang bakal beraksi di Piala Dunia 2014 Brazil. Greece akan membuka tirai perlawanan Kumpulan C dengan bertemu Colombia (14 Jun) diikuti pertemuan dengan Jepun (19 Jun) dan menutup aksi Kumpulan C dengan bertemu Ivory Coast (24 Jun).

Berikut adalah senarai 23 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan Greece di pentas Piala Dunia 2014 Brazil akan datang : 

Penjaga Gol : Orestis Karnezis (Granada), Panagiotis Glykos (PAOK), Stefanos Kapino (Panathinaikos)
Pertahanan : Vassilis Torosidis (Roma), Loukas Vyntra (Levante), Sokratis Papastathopoulos (Borussia Dortmund), Costas Manolas (Olympiakos), Vangelis Moras (Hellas Verona), Jose Holebas (Olympiakos), Giorgos Tzavellas (PAOK), Yiannis Maniatis (Olympiakos)
Tengah : Alexandros Tziolis (Kayserispor), Costas Katsouranis (PAOK), Giorgos Karagounis (Fulham), Andreas Samaris (Olympiakos), Panagiotis Tachtsidis (Torino), Panagiotis Kone (Bologna), Yiannis Fetfatzidis (Genoa), Lazaros Christodoulopoulos (Bologna)
Penyerang : Georgios Samaras (Celtic), Kostas Mitroglou (Fulham), Fanis Gekas (Konyaspor), Dimitris Salpingidis (PAOK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa