Nuffnang Ads

Ahad, 1 Jun 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Sepanyol ke Piala Dunia 2014

Juara bertahan Piala Dunia 2010 iaitu pasukan Sepanyol di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman Vicente del Bosque pastinya menjadi pasukan pilihan utama dalam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dalam Piala Dunia 2014. Dengan reputasi gah selaku pasukan di ranking pertama FIFA, pasukan yang diberi gelaran La Roja ini pastinya berusaha keras muncul selaku pasukan terbaik kali ini.

Membariskan gabungan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berbakat besar, pasukan Sepanyol dilihat antara pasukan terbaik masa kini. Bakal diketuai oleh penjaga gol kental mereka Iker Casillas (Real Madrid), pertahanan kental Sergio Ramos (Real Madrid) dan Gerard Pique (Barcelona), pemain tengah berpengalaman Xavi, Andreas Iniesta, Cesc Fabregas (ketiga-tiga trio Barcelona) serta penyerang berbisa Fernando Torres (Chelsea) serta gabungan pemain-pemain lain dilihat cukup mantap menghadapi Piala Dunia 2014 Brazil ini. Antara pemain yang digugurkan ialah Jesus Navas dan Alvaro Negredo (Manchester City) serta Fernando Llorente (Juventus).

Sepanyol telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Belanda, Australia dan Chile. Mereka akan membuka tirai perlawanan dengan bertemu Belanda (13 Jun) diikuti pertemuan dengan pasukan Chile (18 Jun) dan menutup aksi peringkat kumpulan bertemu dengan pasukan Australia (23 Jun). Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Sepanyol yang bakal beraksi di Piala Dunia 2014 akan datang :

Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), Pepe Reina (Napoli), David de Gea (Manchester United)
Pertahanan : Cesar Azpilicueta (Chelsea), Gerard Pique (Barcelona), Jordi Alba (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Javi Martinez (Bayern Munich), Raul Albiol (Napoli), Juanfran Torres (Atletico Madrid).
Tengah : Sergio Busquets (Barcelona), Xavi Hernandez (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Cesc Fabregas (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Koke Resurreccion (Atletico Madrid), David Silva (Manchester City), Juan Mata (Manchester United), Santi Cazorla (Arsenal)
Penyerang : Pedro Rodriguez (Barcelona), Diego Costa (Atletico Madrid), David Villa (Atletico Madrid), Fernando Torres (Chelsea)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa