Nuffnang Ads

Ahad, 1 Jun 2014

Bola Sepak : Senarai 23 Pemain Mexico ke Piala Dunia 2014

Skuad Piala Dunia 2014 Mexico di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Miguel Harrera pastinya ingin menjadikan pentas Piala Dunia 2014 sebagai medan kebangkitan pasukan Mexico yang mengalami prestasi turun naik sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Brazil, Croatia dan Cameroon pastinya mejadikan saingan Kumpulan A menarik perhatian.
Pasukan Mexico bakal diketuai oleh pemain paling berpengalaman mereka yang pernah beraksi bersama FC Barcelona, Rafael Marquez (Leon), Guillermo Ochoa (Ajaccio), Andres Guardado (Bayer Leverkusen), Oribe Peralta (Santos), Javier Hernandez (Mexico) serta pemain-pemain lain yang pastinya menjadikan gabungan mantap pasukan Mexico atau nama gelaran mereka El Tri. Perlawanan pertama pasukan Mexico ialah bertemu Cameroon (13 Jun) diikuti pertemuan dengan pasukan Brazil (17 Jun) dan menutup aksi Kumpulan A bertemu Croatia (23 Jun).

Berikut adalah senarai 23 pemain Mexico yang bakal beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan datang : 
Penjaga Gol : Jesus Corona (Cruz Azul), Guillermo Ochoa (Ajaccio), Alfredo Talavera (Toluca)
Pertahanan : Paul Aguilar (America), Andres Guardado (Bayer Leverkusen), Miguel Layun (America), Rafa Marquez (Leon), Hector Moreno (Espanyol), Diego Reyes (Porto), Maza Rodriguez (America), Carlos Salcido (Tigres)
Tengah : Juan Carlos Medina (America), Gallito Vazquez (Leon), Hector Herrera (Porto), Carlos Peña (Leon), Isaac Brizuela (Toluca), Marco Fabian (Cruz Azul), Luis Montes (Leon)
Penyerang : Oribe Peralta (Santos), Javier Hernandez (Manchester United), Raul Jimenez (America), Alan Pulido (Tigres), Giovani Dos Santos (Villarreal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa