Nuffnang Ads

Selasa, 1 Julai 2014

Bola Sepak : Dollah Salleh Ketua Jurulatih baru Harimau Malaya

Teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya akhirnya terjawab apabila Ketua Jurulatih pasukan PDRM FA, Dollah Salleh diumumkan selaku pengendali pasukan kebangsaan yang baru. Beliau menggantikan Ketua Jurulatih terdahulu, Datuk K.Rajagopal yang kontraknya tidak di sambung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pengendali sementara pasukan negara, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai pengendali pasukan Harimau Muda A yang kini sedang beraksi di Liga Australia. 

Pelantikan ini menamatkan teka-teka siapa yang bakal memegang tampuk selaku Ketua Jurulatih negara yang sebelum ini dikhabarkan akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih import. Pelantikan ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak ketandusan Ketua Jurulatih tempatan yang mampu mengendalikan pasukan negara. Cabaran pastinya menanti Dollah Salleh apatah lagi pasukan negara akan bersaing dalam Piala AFF 2014 pada bulan Disember akan datang. Dollah Salleh pastinya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau dalam mengendalikan pasukan Harimau Malaya.

Tugas utama Dollah Salleh adalah menaikkan semula martabat bola sepak negara di persada dunia selain memperbaiki kedudukan ranking FIFA bola sepak negara. Cabaran pertama Dollah Salleh adalah menyiapkan pasukan negara menghadapi perlawanan kompetitif antarabangsa menentang pasukan Tajikistan pada bulan Ogos, menentang Singapura pada bulan September, menentang Jordan pada bulan Oktober dan menentang New Zealand atau Korea Utara pada bulan November. Bual Sukan berpandangan dengan pengalaman serta keupayaan beliau, Dollah Salleh mampu memacu pasukan Harimau Malaya ke tahap yang lebih baik serta meyakinkan peminat pola sepak negara. Semoga berjaya buat Dollah Salleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa