Nuffnang Ads

Selasa, 15 Julai 2014

Bola Sepak : Undian Piala Malaysia 2014

Saingan bola sepak kebanggaan negara, Piala Malaysia 2014 akan bermula pada 13 Ogos 2014 akan datang. Setiap pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan pesat bagi mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2014, Juara bertahan, Pahang yang juga juara Piala Sumbangsih 2014 dan Juara Piala FA 2014 pastinya akan mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu saingan pasukan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC, Selangor, Kelantan, PDRM FA serta pasukan-pasukan lain tidak boleh diketepikan kerana setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Dalam undian yang diadakan pada 11 Julai 2014 (Ahad) yang lalu, 16 pasukan telah dibahagikan dalam 4 kumpulan, Saingan Kumpulan A menyaksikan pasukan juara bertahan, Pahang diundi bersama-sama dengan pasukan Singapore Lions XII, Felda United FC dan Johor Darul Ta'zim II. Kumpulan B pula menyaksikan saingan antara pasukan Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah manakala Kumpulan C yang dikatakan Kumpulan Maut di mana pasukan Johor Darul Ta'zim FC diundi bersama-sama dengan Kelantan, ATM FA dan Pulau Pinang. Kumpulan D pula menyaksikan saingan antara Selangor, Sime Darby FC, PDRM FA dan T-Team. Berikut adalah kedudukan undian Kumpulan Piala Malaysia 2014 akan datang :

KUMPULAN A :


KUMPULAN B :


KUMPULAN C :


KUMPULAN D :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa