Nuffnang Ads

Sabtu, 2 Ogos 2014

Bola Sepak : Community Shield 2014/15 - Manchester City lwn Arsenal

Sepak mula Bola Sepak Liga Perdana Inggeris musim 2014/15 akan bermula tidak lama lagi dengan perlawanan pembuka tirai melibatkan pasukan juara Liga Perdana Inggeris 2013/14, Manchester City bertemu dengan Juara Piala FA Inggeris Arsenal bagi merebut Piala Perisai Komuniti atau Community Shield pada 10 Ogos 2014 (Ahad) di Stadium Wembley. Sepak mula Liga Perdana Inggeris pula dijadualkan pada 16 Ogos 2014 (Sabtu) akan datang. 

Perlawanan pembuka tirai ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat pasukan masing-masing apatah lagi kedua-dua pasukan ini sibuk di pasaran perpindahan pemain bagi mengukuhkan pasukan masing-masing. Kedua-dua pasukan ini menandatangani pemain-pemain berkualiti di mana Manchester City atau The Citizens di bawah bimbingan Manuel Pallegrini menandatangani bekas pemain pertahanan kanan Arsenal dan Perancis, Bacary Sagna selain membawa masuk pemain baru seperti penjaga gol Willy Caballero (Malaga/Argentina), Fernando (Porto/Brazil) dan bakal memuktamadkan perjanjian membawa pemain pertahanan kental Elaquim Mangala (Porto/Perancis) serta pemain pinjaman Frank Lampard (New York City FC/England). 


Pasukan Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger juga tidak kurang hebatnya apabila menandatangni pemain sayap skuad Piala Dunia 2014 Chile, Alexis Sanchez (FC Barcelona), Mathieu Debuchy (Newcastle/Perancis), penjaga gol David Ospina (Nice/Colombia) serta pemain pertahanan kanan berbakat besar Calum Chambers (Southampton/England). Beberapa pemain dilaporkan akan ditandatangani oleh Arsenal dalam jangka terdekat bagi memantapkan pasukan The Gunners musim 2014/15 akan datang. 

Perlawanan dijangka menarik dengan kedua-dua pasukan pastinya akan mempamerkan permainan meyakinkan bagi mencabar kejuaraan Piala Perisai Komuniti 2014/15 selain memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2014/15 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa