Nuffnang Ads

Sabtu, 2 Ogos 2014

Bola Sepak : Persahabatan Antarabangsa : Malaysia lawan Tajikistan

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Dollah Salleh kini dalam rangka persiapan menghadapi perlawanan kompetitif persahabatan antarabangsa bertemu dengan pasukan Tajikistan pada 8 Ogos 2014 ini di Stadium Dushanbe, Tajikistan. Perlawanan ini merupakan antara rangka persiapan pasukan negara menghadapi tugas getir iaitu cabaran Piala AFF Suzuki 2014 hujung tahun ini.

Pasukan negara kini berada di kedudukan ke 151 ranking bola sepak dunia manakala pasukan Tajikistan pula berada di kedudukan ke 124 dunia. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Ketua Jurulatih negara dan pastinya Dollah Salleh mempunyai stategi serta taktikal yang akan digunakan dalam perlawanan tersebut. Bual Sukan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan bola sepak kebangsaan menghadapi saingan pasukan Tajikistan ini. Semoga pasukan negara berjaya meningkatkan martabat bola sepak negara ke persada yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan keyakinan penyokong bola sepak tempatan untuk menyokong Harimau Malaya.  

Senarai 23 Pemain Skuad Senior Bolasepak Malaysia 2014 :

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Farizal Marlias (Selangor FA), Khairul Azhan (Pahang FA)

Pertahanan : Zubir Azmi (Terengganu FA), Muslim Ahmad (PDRM FA), Ronny Harun (Sarawak FA), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Asraruddin  Putra, Aidil Zafuan (JDT FC)

Tengah : Baddrol Bakhtiar (Kedah FA), Badhri Radzi (Kelantan FA), Azamuddin Akil, Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Pahang FA), S.Kunalan (Selangor FA), Safiq Rahim, Amri Yahyah (JDT FC), S. Chanturu (Sarawak FA).

Penyerang : Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC), Fakri Saarani (Kelantan FA), Norfarhan Muhammad (Terengganu FA).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa