Nuffnang Ads

Selasa, 5 Ogos 2014

Bola Sepak : Piala AFF Suzuki 2014

Kejohanan Bola Sepak merebut Piala AFF Suzuki 2014 akan berlangsung di Vietnam dan Singapura pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi kesepuluh sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1996. Pasukan juara bertahan, Singapura pastinya akan sekali lagi berusaha mempertahankan Piala AFF Suzuki yang mereka menangi pada edisi 2012 yang lalu. Namun begitu, cabaran pasukan Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia pastinya menjadikan laluan pasukan The Lions mempertahankan kejuaraan adalah sukar.

Kejohanan ini melibatkan 11 negara-negara ASEAN di mana pasukan tuan rumah bersama iaitu Vietnam dan Singapura serta 4 pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia layak secara automatik manakala 2 lagi slot pasukan akan ditentukan dalam pusingan kelayakan melibatkan saingan pasukan Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste di mana pasukan Laos akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan tersebut. Undian peringkat kumpulan akan berlangsung pada 5 Ogos 2014 (Selasa) di Vietnam.

Berikut adalah Keputusan Undian Piala AFF Suzuki 2014 akan datang :

Kumpulan A : Vietnam, Filipina, Indonesia, Laos


Kumpulan B : Singapura, Thailand, Malaysia, Myanmar


Pusingan Kelayakan : Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Timor-Leste


* Myanmar dan Laos layak ke Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 selaku Juara dan Naib Juara Kumpulan Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014

1 ulasan:

  1. Harimau Malaya berada dikumpulan maut untuk edisi kali ini.
    Kita mengharapkan sentuhan magis coach Dollah Salleh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa