Nuffnang Ads

Khamis, 28 Ogos 2014

Bola Sepak : Undian Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15

Kejohanan berprestij antara kelab-kelab Eropah, Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 atau UEFA Champions League 2014/15 kini kembali. Pasukan juara musim lalu, Real Madrid pastinya akan sekali lagi berusaha mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. 

Namun begitu, saingan pasukan-pasukan lain pastinya getir dan tiada jalan mudah buat Real Madrid mempertahankan kejuaraan mereka. Sebanyak 32 pasukan akan bersaing dan setiap pasukan dibahagikan dalam 8 kumpulan di mana juara serta naib juara kumpulan meneruskan kemaraan ke saingan 16 pasukan manakala pasukan di tangga ketiga akan bersaing dalam Liga Europa 2014/15.

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 yang telah diadakan di Monaco pada 28 Ogos 2014 :

Kumpulan A : Atletico Madrid, Juventus, Olympiacos, Malmo FF


Kumpulan B : Real Madrid, FC Basel, Liverpool, Ludogorets Razgrad

Kumpulan C : Benfica, Zenit, Bayer Leverkusen, AS Monaco 


Kumpulan D : Arsenal, Borussia Dortmund, Galatasaray, Anderlecht 


Kumpulan E : Bayern Munich, Man City, CSKA Moscow, AS Roma


Kumpulan F : Barcelona, PSG, Ajax, APOEL 

Kumpulan G : Chelsea, Schalke 04, Sporting CP, NK Maribor 


Kumpulan H : Porto, Shakhtar Donetsk, Athletic Club, BATE Borisov

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa