Nuffnang Ads

Sabtu, 30 Ogos 2014

Bola Sepak : Undian Kumpulan Piala Liga Europa 2014/15

Undian peringkat kumpulan Piala Liga Europa telah berlangsung pada 29 Ogos 2014 di Monaco, Perancis dengan 48 pasukan kelab berjaya melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan. 48 kelab ini diundi dalam 12 kumpulan di mana setiap kumpulan terdapat 4 pasukan. 24 pasukan yang mana menjadi juara dan naib juara setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan 32 pasukan terbaik bersama-sama dengan 8 pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15. Saingan tahun ini dijangka akan lebih sengit di mana setiap pasukan pastinya berusaha mengejutkan lawan masing-masing dalam setiap perlawanan.

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan saingan Piala Liga Europa 2014/15 akan datang :

KUMPULAN A 
Villarreal (Sepanyol), Borussia Moenchengladbach (Jerman), Zurich (Switzerland), Apollon Limassol (Cyprus)

KUMPULAN B
Copenhagen (Denmark), Bruges (Belgium), Torino (Itali), HJK Helsinki (Finland)

KUMPULAN C
Tottenham Hotspur (England), Besiktas (Turki), Partizan (Serbia), Asteras (Greece)

KUMPULAN D
Salzburg (Austria), Celtic (Scotland), Dinamo Zagreb (Croatia), Astra (Romania).

KUMPULAN E
PSV Eindhoven (Belanda), Panathinaikos (Greece), Estoril (Portugal), Dynamo Moscow (Russia)

KUMPULAN F
Inter Milan (Itali), Dnipro Dnipropetrovsk (Ukraine), Saint-Etienne (Perancis), Qarabag (Azerbaijan)

KUMPULAN G
Sevilla (Sepanyol), Standard Liege (Belgium), Feyenoord (Belanda), HNK Rijeka (Croatia)

KUMPULAN H
Lille (Perancis), Wolfsburg (Jerman), Everton (England), Krasnodar (Russia)

KUMPULAN I
Napoli (Itali), Sparta Prague (Republik Czech), Young Boys (Switzerland), Slovan Bratislava (Slovakia)

KUMPULAN J
Dynamo Kiev (Ukraine), Steaua Bucharest (Romania), Rio Ave (Portugal), Aalborg (Denmark)

KUMPULAN K
Fiorentina (Itali), PAOK Thessaloniki (Greece), Guingamp (Perancis), Dinamo Minsk (Belarus)

KUMPULAN L
Metalist Kharkiv (Ukraine), Trabzonspor (Turki), Legia Warsaw (Poland), Lokeren (Belgium)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa