Nuffnang Ads

Isnin, 1 September 2014

Badminton : Keputusan Perlawanan Akhir BWF Badminton Dunia 2014

Kejohanan BWF Badminton Dunia 2014 yang berlangsung di Ballerup Super Arena di Copenhagen, Denmark pada 25 hingga 31 Ogos 2014 telahpun melabuhkan tirainya dengan China merangkul 3 kejuaraan manakala masing-masing 1 bagi pasukan Korea Selatan dan Sepanyol. 

Hasrat pemain nombor 1 negara dan dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan tidak berjaya apabila beliau dihampakan oleh pemain nombor 2 dunia dari China iaitu Chen Long. Kejutan berlaku apabila bekas juara remaja Eropah, Carolina Marin dari Sepanyol menundukkan pemain nombor satu dunia dari China iaitu, Li Xuerui dalam perlawanan sengit 3 set.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir yang telah berlangsung semalam :

Bergu Wanita/Women's Double Final

Qing Tian/Zhao Yunlei (China) menewaskan Wang Xiaoli/Yu Yang (China)
Keputusan : 21-19 , 21-15

Bergu Lelaki/Men's Double Final
Sun Hyun Ko/Baek Choel Shin (Korea) menewaskan Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong (Korea)
Keputusan : 22-20 , 21-23 , 21-18

Perseorangan Wanita/Women's Single Final  
Carolina Marin (Sepanyol) menewaskan Li Xuerui (China)  
Keputusan : 21-17 , 17-21 , 18-21 

Perseorangan Lelaki/Men's Single Final
Chen Long (China) menewaskan Lee Chong Wei (Malaysia)
Keputusan : 19-21 , 19-21 

Bergu Campuran/Mixed Double's Final
Nan Zhang/Zhao Yunlei (China) menewaskan Xu Chen/Ma Jin (China) 
Keputusan : 21-12 , 21-23 , 21-13 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa