Nuffnang Ads

Khamis, 11 September 2014

Bola Sepak : Harimau Muda D ke Suku Akhir Piala AFC Bawah 16 Tahun

Pasukan muda bola sepak negara, Harimau Muda D berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Piala AFC Bawah 16 tahun apabila berjaya mnewaskan pasukan Oman dengan keputusan 2-1. Kejayaan anak-anak buah S.Balachandran melangkah ke suku akhir ini nyata amat membanggakan arena sukan bola sepak negara. Di peringkat suku akhir nanti, pasukan muda negara dijadualkan bertemu pasukan Australia pada 14 September 2014 (Ahad).

Walaupun pasukan Australia dilihat selaku pasukan pilihan, pasukan Harimau Muda D tidak mustahil mampu melakar kejutan jika segala perancangan strategi dan taktikal pasukan menjadi. Bakat serta kemampuan pemain-pemain muda negara ini wajar terus digilap supaya pasukan bola sepak negara mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang. Semoga pasukan Harimau Muda D berjaya dan terus mengekalkan momentum terbaik untuk pembangunan bola sepak Malaysia di masa akan datang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa