Nuffnang Ads

Jumaat, 19 September 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014

Piala AFF Suzuki 2014 merupakan kejohanan edisi ke 10 di mana ia dijadualkan berlangsung di Vietnam dan Singapura selaku tuan rumah bersama bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang. 6 pasukan telah mengesahkan penyertaan iaitu Filipina, Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia manakala 2 lagi pasukan akan ditentukan dalam pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung di Laos pada 12 hingga 20 Oktober 2014 akan datang.

5 pasukan tersebut ialah Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timur-Leste di mana format pertandingan adalah secara liga satu pusingan round-robin. 2 pasukan yang menjadi juara dan naib juara akan bersaing dalam Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 Vietnam - Singapura. Pasukan Juara Pusingan Kelayakan diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Singapura, Malaysia dan Thailand manakala pasukan Naib Juara Pusingan Kelayakan diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Vietnam, Filipina dan Indonesia.

Berikut adalah jadual perlawanan pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung di Laos akan datang :


12 Oktober 2014 (Ahad)

Timor Leste lwn Brunei (4-2)
Laos lwn Kemboja (3-2)

14 Oktober 2014 (Selasa)

Brunei lwn Laos (2-4)
Myanmar lwn Timor Leste (0-0)

16 Oktober 2014 (Khamis)

Timor Leste lwn Kemboja (2-3)
Brunei lwn Myanmar (1-3) 

18 Oktober 2014 (Sabtu)

Kemboja lwn Myanmar (0-1)
Laos lwn Timor Leste (2-0)

20 Oktober 2014 (Isnin)

Myanmar lwn Laos (2-1)
Kemboja lwn Brunei (1-0)

* Kemaskini pada 20/10/2014

** Myanmar dan Laos layak ke Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa